Kursus kreativiti inovasi bengkel kreativiti bengkel penulisan kursus penulisan buku majalah akhbar penulis

Kursuspenulisan.com | Pengendali kursus penulisan hujung minggu pilihan pertama negara

 

Membangunkan komuniti penulis berbahasa Melayu di

 

i  Tr

Program bersama wakil zon kolej komuniti seluruh negara bersama FINE


Penuhi angan-angan dalam penulisan

Angan-angan adalah realiti. Angan-angan adalah pemanis yang mendorong kita. Tetapi angan-angan akan menjadikan ketakutan apabila semakin berusia semakin tidak kita penuhi. Ia akan membuat kita berkata, "Kalaulah saya..." Ia meresahkan saya.

Dahulu saya berangan-angan mahu menjadi penulis apabila saya berfikir hal ini;

  • Saya tahu menulis dalam Bahasa Melayu

  • Saya sudah menulis sejak sekolah, universiti dan di tempat kerja.

  • Saya berminat menulis dan suka menulis

  • Saya mahu hasil penulisan disiarkan di akhbar dan majalah.

  • Saya mahu membina kredibiliti, menjana pendapatan dan penghormatan.

Tetapi saya tidak tahu caranya
 

Para peserta menjadi luar biasa kerana sentuhan idea dalam bentuk penulisan tersiar

Mahukah Tuan dan Cik Puan pelajari jika ditunjukkan caranya?

Bermula di sini, bersama saya dan rakan-rakan penulis di kursuspenulisan.com
 



Penuhi angan-angan hari ini
 

  • Bisnes saya berkembang, "Rencana itu saya letakkan di dinding pejabat dan menjadi bahan promosi perniagaan saya berkali-kali."

  • Meningkatkan kredibiliti, "Pandangan saya di tempat kerja dihargai. Nama organisasi meningkat."
     

  • Memberi ruang kepada saya berkongsi kemahiran kepada para pembaca,

  • Sumber pendapatan halal untuk saya dan keluarga bertambah!
     

  • pasangan  dan anak saya tersenyum melihat nama saya terpampang pada akhbar dan majalah. Anak saya sambil menunjukkan nama saya, "Ini tulisan ayah!"
     

  • Si isteri tersenyum mendengar pujian suami, "Isteri saya menulis di akhbar dan majalah," dan si anak bangga mengiyakan.

  • Kawan-kawan sangkakan saya seperti orang biasa lain sehinggalah mereka berkata, "Eh, ini nama rakan kita! Rupa-rupanya diam-diam ubi berisi!"

  • Pendapatan pasif saya berterusan kerana buku yang dicetak masih memberi royalti meskipun saya sudah bersara daripada jawatan.

  • Saya mahu diingati sebagai moyang, datuk, ayah, isteri yang memberi kesan kepada orang lain dalam hidup mereka selepas saya tidak ada. Mereka membelek karya saya dan memberitahu, "Keturunan kami meninggalkan sesuatu yang menaikkan semangat kami."

     

Semua ini bermula dengan hanya menulis.


 

Klik & Daftar kursus penulisan sekarang

Kursuspenulisan.com mendapat liputan seluruh negara di BERNAMA

 

Jumlah peserta adalah terhad. Bermula dari empat orang sehinggalah 20 orang sahaja. Tujuan kami agar setiap seorang dapat melalui sentuhan peribadi trainer one-to-one sepanjang bengkel.

Peserta didedahkan formula 3P iaitu Penulis, Penulisan dan Pemasaran.

Maklumat kursus, yuran dan tarikh akan diemelkan secara terus dan peribadi kepada saudara.
Klik & Daftar pada kursus yang memenuhi angan-angan. Kursus hujung minggu pilihan yang disertai para peserta;

Senarai ekspress kami,
Klik & Daftar kursus pilihan di bawah hari ini

  Kursus penulisan berita dan rencana akhbar dan majalah  1 hari Klik & Daftar
  Kursus penulisan novel menjadi skrip  1 hari / 2 hari Klik & Daftar
  Kursus penulisan skrip filem dan drama.  1 hari Klik & Daftar
  Kursus penulisan skrip komik  1 hari Klik & Daftar
  Kursus penulisan buku bisnes popular  1 hari Klik & Daftar
  Kursus penulisan blog menjadi buku.  1 hari Klik & Daftar
  Kursus penulisan buku motivasi popular  1 hari Klik & Daftar
  Kursus penulisan iklan jualan  1 hari Klik & Daftar
  Kursus penulisan cerita keluarga  1 hari Klik & Daftar
  Kursus penulisan kreatif untuk remaja (12 tahun ke atas)  1 hari * untuk remaja Klik & Daftar
  Kursus penulisan buku agama untuk si dummie.  1 hari Klik & Daftar
  Kursus penulisan adaptasi  setengah hari / sehari Klik & Daftar
  Kursus pemasaran sosial media untuk penulis  1 hari Klik & Daftar
  Kursus mengurus masa untuk penulis sibuk  Setengah hari / sehari Klik & Daftar
  Kursus Pengurusan stress dan gaya berfikir  Setengah hari / 1 / 2 hari Klik & Daftar
  Kursus kreativiti dan inovasi dalam hidup dan tugas  Setengah hari / 1 / 2 hari Klik & Daftar
  Kursus membina kecantikan sosial penulis  Setengah hari / sehari Klik & Daftar
  Kursus menulis dan membentang menggunakan flip chart.  Setengah hari / sehari Klik & Daftar
  Kursus Coaching Master Writer. (maksima tiga orang sahaja)  Bersiri Klik & Daftar
  Kursus presentasi powerpoint untuk awam  Setengah hari / sehari Klik & Daftar
  Kursus penulisan proposal dan kertas kerja  Setengah hari / sehari Klik & Daftar
  Kursus penulisan cerpen  Setengah hari / sehari Klik & Daftar
  Kursus penulisan novel  1 hari Klik & Daftar

* Makan dan minum tidak disediakan

Testimonial peserta, "Lebih daripada hasil jangkaan awal!"


Hazlam Anuar
Professional Interior Designer
 



 

Biodata Trainer Utama dan pendorong kursuspenulisan.com



ZAMRI MOHAMAD adalah penulis sepenuh masa. Beliau telah menulis 20 buah buku menggunakan kaedah Kawakita Jiro iaitu menulis tiga sehingga empat buah buku serentak.

Kaedah ini diajar kepada individu, organisasi dan institusi melalui kursuspenulisan.com. Matlamat kursuspenulisan.com sejak tahun 2009 ialah memenuhi angan-angan kita menjadi penulis.

Beliau telah melatih komuniti berbahasa Melayu di Australia, Singapura dan Malaysia melalui bengkel dalam dan luar negara.



Top three Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian ini pernah muncul di media nasional.

Antaranya RTM, TV3, Astro Awani, Al Hijrah, TV9, Astro Ceria, Astro Awani, BERNAMA, Kosmo, Utusan, Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro dan Malay Mail.

Beliau menulis secara aktif dalam akhbar dan majalah sebelum ini antaranya Dewan Ekonomi, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Minda, I dan Mutiara Minda.

Beliau mengasaskan kursuspenulisan.com sebagai kelas hujung minggu yang aktif untuk kumpulan kecil. Di sini, para trainer adalah pengamal.

Rakan kerjasama kursuspenulisan.com adalah Akademi Penulis di bawah   FINE Academy. Beliau membantu mengendalikan bengkel jangka panjang bagi organisasi swasta dan kerajaan.

Kursus dikendalikan

Kursus penulisan berita dan rencana akhbar dan majalah Klik & Daftar  
Kursus penulisan buku bisnes popular Klik & Daftar  
Kursus penulisan blog menjadi buku. Klik & Daftar  
Kursus penulisan buku motivasi popular Klik & Daftar  
Kursus penulisan iklan jualan Klik & Daftar  
Kursus penulisan cerita keluarga Klik & Daftar  
Kursus penulisan adaptasi Klik & Daftar  
Kursus pemasaran sosial media untuk penulis Klik & Daftar  
Kursus Pengurusan Stress dan Gaya Berfikir Klik & Daftar  
Kursus mencipta kreativiti dan inovasi dalam hidup dan tugas Klik & Daftar  
Kursusmembina kecantikan sosial penulis Klik & Daftar  
Kursus menulis dan membentang menggunakan flip chart Klik & Daftar  
Kursus Coaching Master Writer Klik & Daftar  
Kursus presentasi powerpoint untuk awam Klik & Daftar  
Kursus penulisan proposal Klik & Daftar  

 


Senarai trainer yang menjadi pakar dan pengamal industri

Trainer pengamal industri

Muhamad Syarafuddin bin Sulaiman adalah editor perolehan di PTS Millennia Sdn. Bhd. Beliau sudah berkecimpung dalam dunia penulisan dan penerbitan selama 7 tahun.

Sehingga tahun 2011, beliau telah menulis lima buah buku di mana tiga daripadanya adalah buku kanak-kanak. Beliau juga terlibat dalam projek terjemahan bahasa Indonesia serta Inggeris. Beliau terlibat selama dua tahun sebagai tenaga pengajar di Kem Permata Pintar Negara. Di sana, beliau ikut secara langsung membina modul penulisan kreatif dalam bahasa Melayu.

Kursus dikendalikan

  • Kursus penulisan kreatif untuk remaja (12 tahun ke atas) Klik & Daftar

 

Asyraf Hafdzan Abdullah, berpendidikan di Jordan dan merupakan penterjemah Quran untuk saudara baru. Beliau juga sebahagian tim psikologi hadith pimpinan Puan Ainon Mohd

Pernah mengisi kolum Sahsiah Remaja dalam majalah ANIS, September 2007. Beliau juga pernah menulis di majalah Anis. Sebelas buah buku berbentuk antalogi, penulisan bersama dan solo diterbitkan dan membawa kepada kemunculan beliau sejak tahun 2005. Beliau juga adalah penterjemah Quran untuk saudara baru.

Kursus dikendalikan

  • Kursus penulisan buku agama untuk orang biasa Klik & Daftar
     

Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi atau nama penanya Zahiruddin Zabidi merupakan seorang editor di salah sebuah syarikat penerbitan buku-buku Melayu tersohor di Malaysia. Pada masa sama, kolumnis majalah.

Enam buah novel, dua buah buku non fiksyen dan lebih 30 buah buku penulis lain pernah mendapat sentuhan suntingan beliau bagi menaikkan mutu dan disukai pembaca. Muncul di kaca TV dalam program Panggilan Agung  Astro Oasis dan juga ditemubual secara langsung dalam program Assalamualaikum, TV ALHIJRAH.

Kursus dikendalikan

  • Kursus penulisan novel Klik & Daftar

  • Kursus penulisan cerpen Klik & Daftar

 

Yusry Yusopp Timbalan Pengerusi PERKIM Cawangan Ampang, terlibat dalam NGO hampir 10 tahun. Beliau adalah bekas editor dan pengasas creativesifu, perunding aktiviti dan permainan islami kreatif.

Beliau membuktikan hidup dengan menulis ebook dan pada masa sama membantu para penulis merancang buku mereka. Berkemahiran dalam pengurusan masa dan pembangunan idea melalui kaedah peta minda,

Kursus yang dikendalikan

  • Kursus mengurus masa untuk penulis Klik & Daftar

 

Faizal Mukhtar merupakan seorang penulis dan penggiat kreatif dalam arena komik dan industri filem serta televisyen. Berpengalaman lebih tujuh tahun bersama syarikat lokal dan antarabangsa – termasuk bekerja di bawah penerbit majalah dan buku nombor satu di Malaysia, agensi pengiklanan, stesyen penyiaran dan wahana 'new media'.
 

Kini rancak merekrut pengkarya dan bakat-bakat baharu sebagai prospek dan aset masa depan industri kreatif negara.

Kursus yang dikendalikan

  • Kursus penulisan skrip filem dan drama Klik & Daftar

  • Kursus penulisan skrip komik Klik & Daftar

  • Kursus penulisan novel menjadi skrip Klik & Daftar

 

Iskandar Syah Ismail merupakan pengasas Red Bubbles yang mencetus fenomena doktor badut atau clown doctor di Malaysia. Pernah berkhidmat di Indonesia, Laos dan Iran

Memperkenalkan pengurusan empati, simpati dan stress secara kreatif bagi keperluan hospital-hospital dan dapat diaplikasi dalam amalan kerjaya. Beliau membantu  menggunakan kaedah mulakan apa di tangan bagi mengendalikan stress dalam membuat keputusan pejabat, perubahan organisasi dan tugasan.

 

Kursus dikendalikan

  • Kursus Pengurusan stress dan gaya berfikir Klik & Daftar




Senarai kursus hujung minggu pilihan peserta

Kursus penulisan berita dan rencana akhbar dan majalah
Tempoh masa : Singkat, cepat dan padat selama (1) sehari
 


Kursus penulisan ini membantu kita membina nama di akhbar dan majalah melalui penulisan. Kaedah yang digunakan oleh trainernya sendiri yang menulis di akhbar dan majalah sejak tahun 2001. Kursus ini menjadi tumpuan ramai sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009.

Kursus penulisan rencana akhbar dan majalah memberitahu kita
 

  • Cara mudah menulis meskipun masih bekerja,

  • Memilih ruangan akhbar dan majalah,

  • Mencipta rencana bermusim setiap tahun.  Klik & Daftar

 




Kursus penulisan blog menjadi buku
Tempoh masa : Singkat, cepat dan padat selama (1) sehari



Berhenti daripada menulis blog yang tidak dapat diterbitkan menjadi buku. Trainernya membuktikan bagaimana menukarkan blog menjadi buku yang dapat dijual di rangkaian kedai buku. Bukunya Mudahnya Bisnes dengan Blogshop ditulis melalui blog. Kemudian diterbitkan dan diulang cetak!

Kursus penulisan dari blog menjadi buku memberitahu kita cara
 

  • Membina blog daripada blogger.com

  • Membina isi kandungan buku cara Kawakita Jiro

  • Menulis menggunakan kaedah organik untuk penulis sibuk

  • Membina kumpulan pembaca sebelum buku diterbitkan Klik & Daftar
     




Kursus penulisan novel menjadi skrip
Tempoh masa : Singkat, cepat dan padat selama (2) hari

Bayangkan novel kita  menjadi drama yang ditayangkan ketika cuti sekolah?

Menulis skrip drama dan filem yang menjadi tontonan orang ramai adalah impian kita. Mengapa tidak tukarkan pengalaman kita menjadi drama dan filem yang ditonton ramai? Dengan latar belakang menulis skrip, berlakon dan terlibat di hadapan serta belakang kamera, semuanya diberikan kepada kita.

Kursus penulisan novel menjadi skrip memberi kita cara

  • Menulis novel yang mudah ditukar kepada skrip drama.

  • Menulis skrip yang mudah dijadikan rakaman.

  • Menarik perhatian penerbit rancangan dan televisyen berkata ya kepada skrip kita.Klik & Daftar
     



Kursus penulisan skrip filem dan drama
Tempoh masa : Singkat, cepat dan padat selama (1) sehari

Menulis skrip drama dan filem yang menjadi tontonan orang ramai adalah impian kita. Mengapa tidak tukarkan pengalaman kita menjadi drama dan filem yang ditonton ramai? Dengan latar belakang menulis skrip, berlakon dan terlibat di hadapan serta belakang kamera, semuanya diberikan kepada kita.

Kursus penulisan skrip memberi kita cara

  • Mengenal pasti apa yang dimahukan oleh penerbit dan penonton

  • Menulis skrip yang mudah dirakam dari lensa produksi

  • Menarik perhatian penerbit rancangan dan televisyen berkata ya kepada skrip kita. Klik & Daftar
     



Kursus penulisan buku bisnes popular
Tempoh masa : Singkat, cepat dan padat selama (1) sehari

Siri jelajah Pulau Pinang yang menemukan barisan penulis baru
 


Sebutkan satu nama peniaga, sama ada dalam atau luar negara yang namanya muncul sebagai penulis buku. Jika ada, ini adalah rahsia mereka. Perniagaan mereka dikenali dan dipasarkan melalui strategi menulis buku.

Buku menjadikan perniagaan kita dikenali. Buku menjadikan kita dipanggil berkali-kali dalam ceramah perniagaan. Buku juga menarik pelanggan mahu membeli produk kita.

Kursus penulisan buku perniagaan memberitahu kita

  • Menukarkan pengetahuan bisnes menjadi buku disukai ramai

  • Menulis menggunakan kaedah KJ

  • Menjadikan buku sebagai duta pemasaran kita Klik & Daftar
     



Kursus penulisan buku motivasi popular
Tempoh masa : Singkat, cepat dan padat selama (1) sehari
 

Ketika mengendalikan kursus penulisan bersama JAKIM


Buku motivasi menjadi topik panas yang mahu ditulis orang ramai. Tetapi bagaimana buku motivasi kita lebih diingati dan disukai pembaca? Apakah cara yang dapat kita gunakan menarik mereka membaca buku pertama, kedua dan ketiga hasil tulisan kita?

Kursus penulisan buku motivasi popular memberi kita cara

  • Memilih dan mencipta kategori buku motivasi dicari-cari pembaca.

  • Cara menulis buku motivasi yang mencipta tumpuan tinggi pembaca.

  • Memasarkan nama dan kepakaran sebelum, semasa, selepas buku diterbitkan. Klik & Daftar
     




Kursus pemasaran sosial media untuk penulis
Tempoh masa : Singkat, cepat dan padat selama (1) sehari
 

Ketika bengkel kerjasama FINE Academy


Buku sudah ditulis, tetapi bagaimana kita mahu memberitahu orang lain kewujudan buku kita? Pelajari kaedah memasarkan buku secara cepat, mudah dan praktikal berkos rendah.

Kursus pemasaran sosial media memberi kita

  • Cara membuat pelan tindakan mingguan dan bulanan.

  • Memilih sosial media yang menjadi tumpuan orang ramai

  • Menggabungkan cara online dan offline. Klik & Daftar

 



Kursus penulisan iklan jualan

Tempoh masa : Singkat, cepat dan padat selama (1) sehari
 


Bagaimana bisnes kecil dapat menarik lebih pelanggan, lebih jualan dan lebih pesanan hanya melalui iklan? Penulisan iklan jualan adalah kaedah yang paling berpengaruh digunakan oleh peniaga ke atas pelanggan. Bagaimana kita dapat meniru dan menggunakan semula pada laman web, poster, kad dan risalah?

Kursus penulisan iklan jualan ini memberi cara

  • Menguasai psikologi pelanggan melihat iklan jualan.

  • Mendorong jualan melalui tulisan sebagai visual kepercayaan.

  • Menaikkan rasa mahu dan tahu pelanggan melalui teks dan foto yang tepat Klik & Daftar
     



Kursus penulisan adaptasi
Tempoh masa : Singkat, cepat dan padat selama (1) sehari
 


Kami mendedahkan bagaimana menukar buku luar negara dari bahasa asing menjadi buku bahasa Melayu yang dibaca ramai. Kursus yang diadakan untuk komuniti berbahasa Melayu di luar negara melibatkan komuniti di Australia, Singapura dan beberapa negara yang berada dalam senarai zon kursus kami.

Kursus penulisan adaptasi memberi cara

  • Memilih topik yang diburu pembaca tempatan di Malaysia.

  • Menukarkan bahan negara asing menjadi bahan tempatan.

  • Seni menjadikan buku negara asing harta intelek kita. Klik & Daftar

 


 

Kursus penulisan cerita keluarga
Tempoh masa : Singkat, cepat dan padat selama (1) sehari
 

Teknik perbandingan memberi kesan kepada hasil kerja peserta


Mahu menulis kisah keluarga dari memori kita sendiri. Abadikan kisah kita, kisah ibu dan bapa, cerita isteri dan anak-anak yang mempunyai kenangan dan motivasi. Tukarkan kisah peribadi menjadi kisah positif yang mendorong pembaca.

Kursus penulisan cerita keluarga memberitahu kita

  • Cara merancang buku kisah keluarga yang mudah dibaca.

  • Teknik dan merangka set soalan yang mendorong mendapatkan bahan yang berkualiti daripada ahli keluarga.

  • Kaedah membangunkan buku yang mesra pembaca. Klik & Daftar

 



Kursus penulisan kreatif untuk remaja (12 tahun ke atas)
Tempoh masa : Singkat, cepat dan padat selama (1) sehari


Bersama bakal guru di IPG Pendidikan Teknik


Dedahkan anak-anak kepada dunia penulisan bagi membina cara mereka berfikir. Menjadikan setiap perkataan sebagai keseronokan kepada mereka. Rancang satu persatu aktiviti yang mendorong mereka menulis dan menguasai dunia melalui cara mereka.
Klik & Daftar
 



Kursus penulisan buku agama untuk si dummies
Tempoh masa : Singkat, cepat dan padat selama (1) sehari
 


Kursus ini memberi teknik menulis buku agama yang mudah difahami orang ramai. Menukarkan bahan agama yang berat menjadi buku yang ringan lagi mudah. Menjadikan buku agama sebagai buku yang menyeronokkan,

  • Menyusun bahan-bahan berautoriti agama.

  • Kaedah memetik hadis dan quran

  • Menulis menggunakan gaya bahasa fasa Mekah dan fasa Madinah. Klik & Daftar
     



Kursus mengurus masa untuk penulis sibuk
Tempoh masa : Singkat, cepat dan padat selama setengah hari
 


Pernah kita mendengar kata-kata, "Hanya orang yang sibuk sahaja mempunyai masa?" Kursus ini memberi strategi amalan penulis, bagaimana menukarkan kesibukan menjadi ruang bagi menulis dan melakukan kerja lain secara serentak.

Kursus mengurus masa untuk penulis sibuk memberi cara

  • Mengenalpasti pencuri masa kita dan bertindak.

  • Merangka sistem menyelamat masa kerja dan karya.

  • Menyusun dan menjalankan kerja secara serentak. Klik & Daftar
     



Kursus kreativiti dan inovasi
Tempoh masa : Singkat, cepat dan padat selama (1) sehari
 


Kursus kreativiti dan inovasi yang mendorong peserta berfikir berbeza berbanding dahulu. Prestasi hidup meningkat, idea bisnes bertambah dan situasi yang sukar semakin mudah.

Kursus kreativiti dan inovasi menunjuk cara

  • Mengukur kreativiti dan mengurus tahap kreativiti diri

  • Mencipta pelan penyelesaian masalah secara bukan linear

  • Membina idea baru yang dapat diterima ramai Klik & Daftar
     



Kursus kecantikan sosial kepada penulis
Tempoh masa : Singkat, cepat dan padat selama setengah hari


Sekitar program komunikasi kepada kakitangan KWSP


Kursus yang direka bagi membina kemampuan menggunakan kemahiran tataberbahasa dan tatabahasa dengan baik bagi meningkatkan kecantikan sosial, iaitu imej positif di hadapan pembaca, penerbit dan kedai buku. Kursus juga membantu penulis lebih diingati ramai.

  • Membina kecantikan sosial melalui kata-kata online.

  • Mencipta hubungan antara penulis dan editorial.

  • Menjadikan pembaca duta penulis tanpa paksa.

  • Mempersembahkan buku dan idea dalam situasi mesra situasi. Klik & Daftar
     




Kursus menulis dan membentang menggunakan flip chart
Tempoh masa : Singkat, cepat dan padat selama setengah hari

Mengendalikan bengkel penulisan bersama MAIWP dan FINE



Kursus ini membantu kita membuat pembentangan yang tersusun, menarik dan mudah difahami audien. Teknik menjadikan flip chart sebagai bahan bantu yang mendorong tumpuan. Sesuai kepada mereka yang mengendali pembentangan umum, ceramah, latihan dan mesyuarat.

  • Menukar teks yang kompleks menjadi visual mudah.

  • Mencipta rancangan helaian flip chart.

  • Mendorong aktiviti penulis dan hadirin menggunakan flip chart Klik & Daftar
     



Program Coaching Master Writer

Program coaching yang hanya menerima tiga orang peserta sahaja. Diadakan secara berjadual dan melibatkan kedai buku, penerbit serta penulis. Rasakan sendiri situasi di kedai buku sebagai penulis. Coaching diadakan di luar situasi kelas. Alami dan lihat bukunpertama diterbitkan.
Klik & Daftar


 


Klien kami
Siapa yang pernah dilatih oleh kami dan rakan sekutu kami sebelum ini?

  • Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

  • Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

  • Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur

  • Majlis Agama Islam Melaka

  • Jabatan Standard Malaysia

  • Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP

  • Kementerian Pertanian dan Asas Tani

  • Kementerian Kesihatan Malaysia

  • Kementerian Pengajian Tinggi

  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

  • Usahanita SME Warisan Global

  • Universiti Pendidikan Sultan Idris

  • Universiti Malaysia Pahang

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

  • Universiti Teknologi Mara

  • Universiti Multimedia

  • Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

  • Institut Quran

  • Kolej Komuniti Pasir Salak dan seluruh kolej komuniti negeri Perak

  • Kolej Komuniti Bandar Darulaman

  • Kolek Komuniti Sabak Bernam

  • Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur

  • Politeknik Seberang Perai

  • SMK Seri Muda, Pulau Pinang

  • Kanak-Kanak House

  • Jabatan Perangkaan Malaysia

  • Jabatan Pertanian Kedah
     


Lokasi bengkel hujung minggu
 


Bangunan kedai bertentangan Petronas, masjid al Muttaqin (berwarna kuning) dan bersebelahan MRR2
Berhampiran restoran Bidayah, Nippon Paint dan Restoran Nasi Kukus Ayam Wafi. Mudah diakses bas pengantara dari stesyen LRT Wangsa Maju (Bas 301) dan teksi.



Hubungi kami bagi jemputan program

Kreatif Sukses
11-2, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur
Malaysia
Emel kreatifkursus@gmail.com atau fon 019 2880451